Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya.

Related image

Kemagnetan sebagai sumber elektrik


Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

Dinamo

Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal, teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

Turbin

Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan kuasa elektrik.

Tindakan kimia sebagai Sumber Elektrik

Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan oelh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif. Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit. Ia tidak boleh dicas semula.

Sel Basah

Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sbagai elektrolitnya.

Cahaya sebagai sumber elektrik

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera.

BAHAN-BAHAN

100 g tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

INTI

Tradisional

Anko, pes kacang merah

Cadangan inti yang lain

Coklat
Vanilla
Blueberry
Raspberry

CARA-CARA

1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.
4. Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga berwarna perang di atas dan bawah.
6. Letakkan inti ditengah-tengah dorayaki. Tekan dorayaki dihujung.
Image result for myth about thomas edison

Thomas Alva Edison sering dianggap sebagai orang pertama yang mencipta mentol lampu. Namun, beliau bukanlah seperti yang umum anggap. Ketika itu, lampu jalan sudah menerangi jalan-jalan di kediamannya. Beliau bukanlah orang yang mencipta konsep mentol lampu sebaliknya beliau merupakan orang pertama yang mencipta sebuah mentol lampu yang praktikal dan mampu milik untuk digunakan di rumah. Ciptaan beliau tidak mudah rosak tetapi juga tidak terlalu mahal. Beliau dan ahli pasukannya telah mencuba lebih daripada 6 000 bahan yang mungkin sesuai semata-mata untuk memenuhi syarat di mana bahan itu mudah didapati dan tidak terlalu mahal. Beliau memilih buluh berkarbon.

Baca artikel asal di Time
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home