Image result for kamus

1. kekuatan yg membolehkan sese­orang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalur­kan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerja­kan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan mem­beri tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nam­pak­nya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat per­ge­rakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll).
Image result for earth hour landmarks

Earth Hour ialah suatu acara tahunan yang dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund). Jutaan manusia dari pelbagai negara dan wilayah dapat menujukkan keprihatinan mereka terhadap planet ini dengan menutup lampu dari pukul 8.30 malam selama sejam.

Pada tahun ini, genaplah 10 tahun acara ini telah berlangsung. Acara tahun ini akan berlangsung pada Sabtu, 25 Mac 2017 dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Maklumat lebih lanjut di Mirror UK


Image result for biomass fuel

Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu, buangan terbiodegradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Namun bahan organik yang telah ditukar oleh proses geologi kepada bahan seperti arang batu atau petroleum tidak dianggap sebagai biojisim.

Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya.


Image result for sugar

Glukosa atau nama kimianya (2R,3S,4R,5R/S)-2,3,4,5,6-pentahidrosilheksanal ialah salah satu monomer bagi karbohidrat. Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.

Terdapat dua jenis glukosa iaitu D-glukosa dan L-glukosa yang dibezakan oleh konfigurasi pada atom karbon kelima. Glukosa kemudiannya dapat membentuk, dari satu rantai memanjang (yang dipanggil unjuran Fischer) kepada, satu struktur siklik (yang dipanggil unjuran Haworth).

Glukosa disintesis oleh tumbuhan hijau dalam proses fotosintesis.

Glukosa ialah sejenis gula ringkas. Tumbuh-tumbuhan menyimpan glukosa sebagai karbohidrat yang dinamai kanji dalam bijirin seperti beras, jagung, barli dan sebagainya.

Glukosa dalam larutan memutarkan cahaya terkutub-satah ke sebelah kanan, maka ia dikenali sebagai gula dekstrosa.

Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh setiap hari ialah 160g. 120g daripadanya diperlukan oleh otak setiap hari bagi orang dewasa. Jumlah glukosa yang terdapat dalam cecair tubuh ialah 20g dan yang sedia ada daripada degradasi glikogen simpanan ialah 190g. Justeru, glikogen simpanan dapat membekalkan glukosa kepada tubuh dengan mencukupi untuk tempoh satu hari sahaja. Dalam keadaan kebuluran yang berpanjangan, glukosa mesti dibentukkan daripada sumber bukan karbohidrat.

Saksikan Faizal Tahir, Elizabeth Tan dan Jaclyn Victor bersatu tenaga dengan rakyat Malaysia menyanyikan sebuah lagu yang menyalurkan tenaga positif. Dibawa oleh Tenaga Nasional Berhad


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home