Sumber Elektrik

Leave a Comment
Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Antaranya ialah kemagenatan, tindakan kimia dan cahaya.

Related image

Kemagnetan sebagai sumber elektrik


Kemagnetan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar.

Dinamo

Dinamo terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu magnet kekal, teras besi, dan gegelung wayar. Gegelung wayar diperbuat daripada lilitan kuprum. Dinamo dikendalikan atas perinsip aruhan magnet.

Turbin

Turbin adalah sejenis alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin. Ia disambungkan kepada gandar yang disambungkan kepada penjana yang akan berputar dan menghasilkan kuasa elektrik.

Tindakan kimia sebagai Sumber Elektrik

Tindakan kimia juga boleh digunakan untuk menghasilkan arus elektrik

Sel Kering

Voltan yang dihasilkan oelh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Karbon yang berada di tengah-tengah bertindak sebagai punca positif. Campuran ammonium klorida dan mangan bertindak sebagai elektrolit. Ia tidak boleh dicas semula.

Sel Basah

Tenaga yang dihasilkan lebih tinggi daripada sel kering dan ia dapat dicas semula. Sel basah seperti sel asid plumbum terdiri daripada plumbum peroksida sebagai elektrod positif dan plumbum sebagai elektrod nagetif dan asid sulfurik cari sbagai elektrolitnya.

Cahaya sebagai sumber elektrik

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima pancaran cahaya. Prinsip ini digunakan dalam sel solar pada kalkulator dan pada meter dedahan cahaya untuk kamera.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 Komen Pelawat Hypńötīč:

Post a Comment

Amboi, lawanya keyboard! Tak nak tinggalkan komen ke?