Terrarium ialah suatu model yang mempunyai organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Terrarium terbahagi kepada dua iaitu terbuka dan tertutup. Terrarium tertutup mempunyai ekosistem yang tersendiri namun jika tidak diusahakan dengan baik, organisma di dalam terrarium akan mati. Untuk keterangan yang lanjut, sila tonton video kami di sini.
Cara-cara
- Cari balang lutsinar seperti balang kaca supaya cahaya Matahari dapat dibekalkan kepada tumbuhan.
- Mulakan dengan lapisan batu kerikil di bahagian paling bawah. Batu kerikil berfungsi untuk memperbaiki saliran di dalam terrarium
- Buat lapisan arang aktif * (activated carbon atau activated charcoal). Bahan ini mengekalkan kesegaran udara di dalam bekas.
- Lapiskan dengan tanah lembap untuk tanaman biasa atau pasir untuk tumbuhan padang pasir seperti kaktus dan succulents.
- Tanam tumbuhan pilihan anda. Reka susun atur yang menarik mengikut kreativiti, cita rasa dan ruang terrarium.
- Siram secukupnya. Air yang kurang atau berlebihan boleh merosakkan tumbuhan anda sekaligus menghancurkan impian anda untuk mempunyai terrarium tercantik.
- Tambah serangga-serangga kecil jika mahu.
*boleh dijumpai di kedai kelengkapan ikan hiasan
0 Komen Pelawat Hypńötīč:
Post a Comment
Amboi, lawanya keyboard! Tak nak tinggalkan komen ke?