Image result for tenaga hidroelektrik

Hidroelektrik merupakan elektrik yang dijana oleh hidrokuasa. Kini kuasa hidroelektrik membekal kira-kira 715,000 MWe atau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun 2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang boleh diperbaharui pada tahun 2005.

Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia, skema hidro kecil juga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50% daripada kapasiti hidro kecil di dunia.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hidroelektrik

Pembentukan dan kematian bintang melibatkan tenaga yang banyak. Tenaga yang dimaksudkan ialah tenaga kimia, tenaga haba dan tenaga kinetik.

Kumpulan Galaksi telah membuat sebuah video yang menarik dan informatif bagi menjelaskan proses-prose yang berlaku ketika pembentukan dan kematian sesebuah bintang.


Matahari merupakan sumber tenaga yang hebat tetapi malangnya manusia tidak menggunakannya secara sepenuhnya. Matahari yang hebat ini juga telah membuatkan kaum Rom purba untuk mempercayai bahawa Apollo menguasai cahaya dan Matahari sekaligus menggelarnya Dewa Matahari.

Image result for apollo

Apollo telah banyak diakui sebagai dewa cahaya dan matahari; kebenaran dan ramalan; ubat-ubatan, penyembuhan, dan wabak, muzik, puisi, dan seni, dan banyak lagi. Apollo adalah putra dari Zeus dan Leto, dan mempunyai saudara kembar, Artemis pemburu wanita suci.
Glukosa dan karbohidrat merupakan sumber tenaga yang diperlukan badan. Tenaga ini dapat dijumpai di dalam pemakanan harian seperti nasi dan roti. Makanan yang manis juga mengandungi kandungan glukosa yang dapat ditukarkan kepada tenaga. Jumlah yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding pengambilan karbohidrat. Oleh itu, resepi ini sesuai dijadikan pencuci mulut atau hidangan minum petang.

BAHAN-BAHAN

Tapak 

100g digestive biscuits (guna lah biskut kegemaran)
60g butter (dicairkan)

Lemon Curd

3 biji telur
125g butter
120g gula kastor
1 1/2 biji parutan kulit lemon
2 biji jus lemon
1/2 sudu besar tepung jagung

Meringue

2 biji putih telur
65g gula kastor (ikut kemanisan yg digemari)

CARA CARA

Tapak

1. Kisar biskut didalam food processor dan tuang kedalam mangkuk.
2. Campurkan dengan butter cair dan gaul sebati. Masukkan adunan kedalam loyang dan tekan supaya mampat dan rata.
3. Masukkan kedalam peti ais sementara buat bahan yang lain.

Lemon Curd

1. Didalam periuk, masukkan parutan kulit lemon, jus lemon dan juga butter. Letakkan diatas dapur dan gunakan api yang kecil dan gaul sehingga butter cair. Matikan api.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur, gula dan tepung jagung. Pukul sehingga kesemuanya sebati.
3. Sambil memukul, masukkan campuran butter dan lemon tadi kedalam adunan telur. Kacau rata.
4. Tuang kembali kedalam periuk kecil tadi dan masak diatas api kecil dan kacau sentiasa sehingga adunan memekat seperti custard. Jika dah sampai tahap tu, matikan api.
5. Tuang kedalam loyang tadi. Ratakan dengan hanya menggerakkan loyang tadi supaya memenuhi keseluruhan loyang. Cover bahagian atas lemon curd dengan plastic wrap. Pastikan plastic wrap mencecah di bahagian permukaan lemon curd.
6. Masukkan kembali kedalam peti ais selama lebih kurang 4-5 jam atau semalaman supaya lemon curd mengeras. Nak lebih cepat, masukkan kedalam freezer selama lebih kurang 2 jam.

Meringue

1. Masukkan putih telur dan gula didalam mangkuk tahan haba. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau putih telur dan gula sehingga gula larut keseluruhannya.
2. Bila gula dan larut, angkat mangkuk tersebut dan putih putih telur sehingga kental dan suhu putih telur dan sejuk. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukan kedalam piping bag.

Penyediaan

1. Ambil loyang tadi dari peti ais dan tanggalkan daripada loyang tersebut. Letakkan diatas pinggan untuk dihidang.
2. Paipkan putih telur diatasnya mengikut kreativiti anda.
3. Dengan menggunakan torch burner, bakar permukaan putih telur sehingga ada kesan terbakar.

4. Jangan bakar terlalu lama. Masukkan kembali kedalam peti ais supaya lemon curd benar-benar slice-able .

Sumber : Aku Bukan Masterchef

Related image

Pemantauan

Lakukan pengauditan tenaga elektrik dirumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik. Ini kerana ada sesetengah peralatan lama atau bermasalah akan menyebabkan penggunaan elektrik lebih daripada biasa.

Plug

Matikan suis dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan. Menurut TNB, pengaliran tenaga akan tetap berlaku kalau plug tidak ditanggalkan.


Suis 

Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik. Ini antara langkah bijak yang paling mudah tetapi susah untuk segelintir daripada kita amalkan.

Peralatan Elektrik

Kalau boleh belilah peralatan elektrik yang mempunyai label jimat tenaga. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga. Ia akan memberi maklumat tentang peratusan penjimatan elektrik yang digunakan.

Lampu

Pastikan lampu yang digunakan dari jenis cekap tenaga. Kalau boleh bertukar kepada lampu jenis flouresen untuk pencahayaan dalaman kerana ia lebih menjimatkan.

Peti Sejuk

Kalau boleh belilah peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan beli yang terlalu besar. Selain itu, elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk keluar setiap kali pintu dibuka. Elak meletakkan peti sejuk pada tempat panas dan berikan sedikit ruang di sekeliling peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.

Pendingin Hawa (Aircond)

Tetapkan suhu pendingin kepada hawa kepada 24 – 26 darjah C. Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga. Selain itu, beli pendingan hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

Mesin Basuh

Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

Komputer

Elakkan penggunaan “screen saver” dan matikan suiz monitor jika tidak digunakan. Eloklah kalau komputer di ‘shut down’ dan elakkan dari sleep mode.

Seterika

Setiap kali menggosok pakaian hendaklah dalam jumlah yang banyak. Kalau boleh gosok pakaian untuk seminggu sekali pun sudah memadai.

Sumber : Ammboi Dot Com
Image result for closed terrariums

Terrarium ialah suatu model yang mempunyai organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Terrarium terbahagi kepada dua iaitu terbuka dan tertutup. Terrarium tertutup mempunyai ekosistem yang tersendiri namun jika tidak diusahakan dengan baik, organisma di dalam terrarium akan mati. Untuk keterangan yang lanjut, sila tonton video kami di sini.

Cara-cara

  1. Cari balang lutsinar seperti balang kaca supaya cahaya Matahari dapat dibekalkan kepada tumbuhan.
  2. Mulakan dengan lapisan batu kerikil di bahagian paling bawah. Batu kerikil berfungsi untuk memperbaiki saliran di dalam terrarium
  3. Buat lapisan arang aktif * (activated carbon atau activated charcoal). Bahan ini mengekalkan kesegaran udara di dalam bekas.
  4. Lapiskan dengan tanah lembap untuk tanaman biasa atau pasir untuk tumbuhan padang pasir seperti kaktus dan succulents.
  5. Tanam tumbuhan pilihan anda. Reka susun atur yang menarik mengikut kreativiti, cita rasa dan ruang terrarium.
  6. Siram secukupnya. Air yang kurang atau berlebihan boleh merosakkan tumbuhan anda sekaligus menghancurkan impian anda untuk mempunyai terrarium tercantik.
  7. Tambah serangga-serangga kecil jika mahu.

*boleh dijumpai di kedai kelengkapan ikan hiasan
Image result for succulent

Foto bermaksud cahaya manakala sintesis bermaksud gabungan. Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau menghasilkan makanan dalam bentuk glukosa. Proses ini membebaskan gas karbon dioksida.

Perubahan Tenaga

Tumbuhan menyerap tenaga cahaya yang dibebaskan melalui sinaran cahaya Matahari. Tumbuhan pula menukarkan cahaya kepada tenaga kimia iaitu glukosa (makanan)
Image result for nuklear

Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear (iaitu bukan letupan) terkawal. Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.

Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.

Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.

Kegunaan

Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6,3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.

Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesyen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.

Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.

Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika.

Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah.

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear


Tenaga merupakan suatu elemen yang terpenting dalam kehidupan sesuatu organisma. Tenaga diperlukan untuk melakukan kerja-kerja harian dan proses dalaman seperti respirasi, fotosintesis dan pelbagai lagi. Tenaga yang dimaksudkan bukan sahaja terdiri daripada tenaga kimia seperti glukosa, malah tenga cahaya daripada Matahari juga digunakan dalam proses pembuatan makanan dalam tumbuhan.

Oleh itu, kumpulan Terra Rex telah berganding bahu untuk sama-sama menunjukkan proses-proses semulajadi yang berlaku di dalam sebuah terrarium.

Tonton video asal di https://www.youtube.com/watch?v=Wh6ofis2yHI
Next PostNewer Posts Home