Resepi : Lemon Meringue Pie

Leave a Comment
Glukosa dan karbohidrat merupakan sumber tenaga yang diperlukan badan. Tenaga ini dapat dijumpai di dalam pemakanan harian seperti nasi dan roti. Makanan yang manis juga mengandungi kandungan glukosa yang dapat ditukarkan kepada tenaga. Jumlah yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding pengambilan karbohidrat. Oleh itu, resepi ini sesuai dijadikan pencuci mulut atau hidangan minum petang.

BAHAN-BAHAN

Tapak 

100g digestive biscuits (guna lah biskut kegemaran)
60g butter (dicairkan)

Lemon Curd

3 biji telur
125g butter
120g gula kastor
1 1/2 biji parutan kulit lemon
2 biji jus lemon
1/2 sudu besar tepung jagung

Meringue

2 biji putih telur
65g gula kastor (ikut kemanisan yg digemari)

CARA CARA

Tapak

1. Kisar biskut didalam food processor dan tuang kedalam mangkuk.
2. Campurkan dengan butter cair dan gaul sebati. Masukkan adunan kedalam loyang dan tekan supaya mampat dan rata.
3. Masukkan kedalam peti ais sementara buat bahan yang lain.

Lemon Curd

1. Didalam periuk, masukkan parutan kulit lemon, jus lemon dan juga butter. Letakkan diatas dapur dan gunakan api yang kecil dan gaul sehingga butter cair. Matikan api.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur, gula dan tepung jagung. Pukul sehingga kesemuanya sebati.
3. Sambil memukul, masukkan campuran butter dan lemon tadi kedalam adunan telur. Kacau rata.
4. Tuang kembali kedalam periuk kecil tadi dan masak diatas api kecil dan kacau sentiasa sehingga adunan memekat seperti custard. Jika dah sampai tahap tu, matikan api.
5. Tuang kedalam loyang tadi. Ratakan dengan hanya menggerakkan loyang tadi supaya memenuhi keseluruhan loyang. Cover bahagian atas lemon curd dengan plastic wrap. Pastikan plastic wrap mencecah di bahagian permukaan lemon curd.
6. Masukkan kembali kedalam peti ais selama lebih kurang 4-5 jam atau semalaman supaya lemon curd mengeras. Nak lebih cepat, masukkan kedalam freezer selama lebih kurang 2 jam.

Meringue

1. Masukkan putih telur dan gula didalam mangkuk tahan haba. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau putih telur dan gula sehingga gula larut keseluruhannya.
2. Bila gula dan larut, angkat mangkuk tersebut dan putih putih telur sehingga kental dan suhu putih telur dan sejuk. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukan kedalam piping bag.

Penyediaan

1. Ambil loyang tadi dari peti ais dan tanggalkan daripada loyang tersebut. Letakkan diatas pinggan untuk dihidang.
2. Paipkan putih telur diatasnya mengikut kreativiti anda.
3. Dengan menggunakan torch burner, bakar permukaan putih telur sehingga ada kesan terbakar.

4. Jangan bakar terlalu lama. Masukkan kembali kedalam peti ais supaya lemon curd benar-benar slice-able .

Sumber : Aku Bukan Masterchef
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 Komen Pelawat Hypńötīč:

Post a Comment

Amboi, lawanya keyboard! Tak nak tinggalkan komen ke?